zaidi potret wajahmu Lyrics
*bilo rindu ku tatap potret wajahmu
kini berlalu sudah kisah cintaku
tangisi di kalbu terus merindu
ku seru nama mu si angin nan lalu
ule *
bila ku renung bulan di awan
nampak wajahmu terbayang-bayang
manisnya senyum hati tertawaan
nok peluk gunung tak sampai tangan
ule *
aku berpaut diranting usang
jiwa merajuk sepi mencengkam
ku sangka jujur hati mu tuan
rupa ku tepuk sebelah tangan
ule *
ku tanam padi lalang berisi
ku tabur budi budi tak jadi
kini sendiri mengikut hati
terus mencari sinar mentari
ule *
ku sangka panas sampai ke petang
rupanya lemas dek hujan datang
kini kau bebas membuat pilihan
bagaikan unggas terbang di awan
ule *
cintaku karam dilaut sepi
kerana gelombang basah kemudi
kasih dan sayang tiada lagi
hancur harapan segala mimpi
ule *
See also:
JustSomeLyrics
51
51.18
Amir UK's Sebak Lyrics
楊千嬅 & 梁漢文 滾 Lyrics