Ferhad Kukoo Lyrics
Bila aku menjangka kembali
Mengenang semua keindahan
Nikmat tak bertepi tak bertapi
Namun tidak ku syukuri
Kan selesa kan terleka
Ingin semua tanpa usaha
Sudah, engkau dikau mereka
Sudah menakluk bulan di mana kita
Menanti, menantikan apa lagi
Menunggu, seperti pungguk rindu
Merenung, renungkan nasib untung
Kukoo, kukoo
Fajar menyinsing kokoknya berlagu
Kukoo, kukoo
Kerahkan keringatmu kerana kau mampu
Dari, berjuta benih kau yang terpilih
Untuk terus bernyawa
Maka wujudlah, dikau abang-abang mamat-mamat kita
Demi masa, sesungguh kita kerugian
Bangkit, bangun kerna kau bangsa merdeka
(A. Samad Said)
Jika kita berkata ia tanpa ragu atau letih
Kita tingkatkan daya tanpa lesu atau sedih
Diri kita akan jaya
Kita wajar jadi insan penuh sabar dan berpesan
Tiap kata penuh makna dan suara bermaruah
Baru langkah penuh gagah
See also:
JustSomeLyrics
69
69.26
Rushroom Feat. Fara Better Off Alone Lyrics
Robert Krestan Pendl do Betlema Lyrics