Lestari Mahligaimu dari Airmata Lyrics

Izinkan diri ku meluahkan rasa
Maafkanlah aku andai kau terasa
Biar ku paparkan apa yang terjadi
Moga engkau tak ulangi

Sungguh tak ku sangka kau berpaling tadah
Setelah lamanya menjalinkan cinta
Dalam diam-diam kau sudah berpunya
Tanpa aku menyedari semuanya

Aku mendoakan agar kau bahagia
Bersama si dia insan yang kau suka
Percintaan kita tak sampai ke mana
Setakat di bibir saja sayang

Kau bina mahligai dari air mata
Yang jatuh berderai di wajah sepi ku
Hancurnya hatiku bisa tak terkata
Terhumban rasa diri ku

Oh aduhai ku masih ingati
Janji manis dan saat romantis
Kau pinta ku supaya setia
Akhirnya kau yang berubah

Oh Tuhan ku tabahkan hati ku
Temukan ku dengan ketenangan
Jiwa ini dibelasah rindu tetapi apa daya ku

Ku cuba pejam mata tapi tak terlena
Kerana ku masih teringat pada mu
Begitu payahnya nak ku melupakan
Pernahkah engkau fikirkan oh sayang

See also:

76
76.117
05-Vasco Rossi Live in Catanzaro 2004 Anymore Lyrics
Michelle Tumes Rest My Soul Lyrics