Olan Hitam Manisan Lyrics
Jikalau ku tahu diriku hanyalah sandaranmu
Tak akan kucurah segala cintaku padamu
Mengapa sejak dahulu kau tidak berterus terang
Bahawa aku hanyalah tempat persinggahanmu
Sudah menjadi lumrah ada insan lupa daratan
Waktu kau kesusahan akulah tempat engkau mengadu
Tapi apabila kau senang mudahnya kau berubah hati
Dan kau bersuka ria dengan orang yang lain
c/o
Waktu susah kau cari aku
Waktu senang engkau tinggalkan aku
Begitulah sikapmu yang tak tahu kenang budi
Waktu duka akulah teman
Waktu perlu akulah kekasihmu
Tapi selepas itu mengapa kau khianati
Apa gunanya dikenang-kenang
Pada orang yang tak menghargai
Segala pengorbanan diriku
Akhirnya aku terluka
Aku hanya bersabar sambil dalam hatiku bertanya
Bahagiakah engkau membiarkanku terkilan rasa
Sesungguhnya dirimu adalah manusia yang lupa daratan
Dengan mudah kau mungkiri segala janjimu
Dahulu aku sering hiburkan hati mu sayang
Dan mengapa balasan mu kini menyakiti hati ku
Lyric Edit By zuhaili.zainal|2012
zuhaili.zainal86@gmail.com
See also:
JustSomeLyrics
79
79.68
Transmetal Condenado A La Misera Lyrics
Soundtrack Punjabi Wedding Song Lyrics