Ahli Fikir 2 x 5 Lyrics

kwek kwek kwek kwek kwek kwek
kwek kwek kwek kwek kwek kwek

kali bahagi tolak campur
habislah geli kerana geletek
hilanglah bisa kerana biasa
kerana sudah terbiasa
geli & bisa tidak akan lagi terasa

semut di seberang lautan.. kau nampak
bila gajah di depan mata.. kau buta
lebih sudu dari lauk
lebih tunjuk dari tengok
lebih diri dari duduk
lebih cawan dari mangkuk

berkata-kata dengan lutut
banyak yang bertukang di mata
dan mulut sedikit sahaja
yang menukang di tangan

bangkai gajah busuk di hutan
hendak di tanam (ee..)
bekung dikaki sendiri dibiarkan busuk..oh
bekung kurap kudis dah nak kayap eee...

(korus)
dua kali lima sepuluh
lima kali dua sepuluh
lapan campur dua sepuluh
dua campur lapan sepuluh
sama pandai sama bodoh
sama lawa sama hodoh
sama cerdik sama belo'
sama tempok sama bongkok

duduk diam tunggu dulu
kunci mulut nanti dulu
sebelum kau berbicara
sebelum kau nak berkata

cermin dulu hujung rambut
hingga dah ke hujung hujung kuku kakimu

kurangkan lada
kurangkan pedasnya
kurangkan rempah
kurangkan panasnya
kurangkan lebah
kurangkan sengatnya
kurangkan cakap
kurangkan silapnya

baik membisu takut-takut
mana tahu silap hari silap bulan
lambat laun silap tahun
kau menjadi

(ulang korus)

kwek kwek kwek kwek kwek kwek

jangan cakap lepas
biar pandai beralas
ada ubi ada batas
ada hari kami balas

hinamu hanya bias
cercamu c__a tempias
hari ini kami berkias
esok lusa kami mengganas

jangan suka jaga tepi kain orang lain
kain sendiri yang terlondeh
kata dulang paku serpih
kata orang dia yang lebih

ada orang suka menerima
tapi tidak suka menderma
ada orang suka menderma
tapi diharap dibalikkan semula

(ulang korus)

kwek kwek kwek kwek kwek kwek

(ulang korus)

kwek kwek kwek kwek kwek kwek

See also:

1
1.10
2 Pac When Thugs Cry Lyrics
Eddie Murphy Party All The Time Lyrics