Nora Aku Tidak di Matamu Lyrics
Pergilah jika kau mahu
Pergilah tak usah kembali
Takkan ku pujuk lagi
Tak perlu merayu lagi
Biarkan saja semua berlalu
Usah dipanjangkannya..
Makin dalam sedih yang ku simpan
Kau pinta ku memahami
Apa yang terlintas dihati
Sedang kau tidak cuba luahkan malah
Kau sengaja menyembunyikan
Apakah erti
Apakah yang engkau mahu dariku
Rindu akan terus mengusik hatiku
Rindu akan mencungkil kemesraan yang lalu
Biarlah aku simpan secebis
Kenangan yang manis walau hakikatnya payah untuk aku terima
Jika benar ataupun sungguh bagaikan dikata
Tak akan aku halang keputusanmu itu
Usah ditanya apakah sudahnya selepas ini
Biar aku dengan cara sendiri
Merajuk biar bertempat
Memujuk ada batasannya
Tak akan ku rujuk walau terpaksa
Tak akan ku pujuk andai dipaksa
Pandai-pandailah engkau bawa haluanmu
Tanpaku menemani... (mu)
See also:
JustSomeLyrics
9
9.38
Grupo Aventura Un beso Lyrics
Eros Ramazzotti Tu Eres Lyrics