urban method jong inai Lyrics

Jong jong inai mai ipoh rajawali (3x)
Sepak tunggul inai berdarah ibu kaki (2x)

Sudah jelak melihat muka akhbar
Hari demi hari menguji daku sabar
Berbagai kes menggugat masyarakat
Yang haram difikirkan membawa berkat
Cahayamata kurnia Ilahi
Dibuang sahaja tidak peduli
Tidak ada ongkos ataupun masa
Itulah alasan yang diberinya

Cuba selak mukasurat seterusnya
Anak dirogol oleh ayahnya
Bagaimana tergamak hatiku tertanya
Darah daging sendiri menjadi mangsa
Gejala dadah kini masih menular
Satu demi satu anak bangsa berdusta
Menjadi jasad yang tak bermaya
Menanti masa jiwa tersiksa

Sudah bengang dengan gelagatmu
Sudah jelak dengan sikapmu
Sudah kenapa masih begitu
Sudah sudah sudah sudah sudah

Jong jong inai mak ipong rajawali (2x)

Di mana-mana kelibatmu ku lihat
Merata-rata pengisian di liang lahad
Hakikatmu sentiasa dicuriga
Tindakan mu sentiasa bergeliga
Pantas kau bertindak bertuankan nafsu
Kurniaan akal disalah guna tanpa segan silu
Bertemankan pisau dan jua peluru
Mencari mangsanya seterusnya yang sedang menunggu
Kaulah narapidana kaulah pemusnah
Kaulah pembunuh kau jualah pemfitnah
Penyangak nombor satu dia bakal direjam
Tidak ke mana kelibatmu bakal ditanam
Kau sebarkan kejahatan tanpa sempadan
Kau sebarkan kemungkaran tanpa haluan
Tidak perlu kau ketawa dunia ini hanya s____tara
Bahang apikan meumbakarmu di dunia seterusnya

Sepak tunggul inai berdarah ibu kaki

Sudah bengang dengan gelagatmu
Sudah jelak dengan sikapmu
Sudah kenapa masih begitu
Sudah sudah sudah sudah sudah

Jong jong inai mak ipong rajawali (3x)
Sepak tunggul inai berdarah ibu kaki (2x)

See also:

92
92.16
Megatrack Traficante De Ilusiones Lyrics
The Beatles Let It Be (outtake) Lyrics