KRU Mengerti Lyrics

Terasa antara kita semakin jauh...jauh

Pernah aku tertanya
Adakah kau madu atau racun dalam hidupku
Ku serahkan segala dari siang ke malam
Ku kerja hanya untuk kebahagiaanmu

Ku berikan cinta,intan dan permata
Adakah kau hargai? Tidak
Cuba lihatlah kita
Melakunkan cinta
Masihkah ada cinta...kita

( korus )
Telah ku cuba sedaya
Sekuat di hati
Agar kita berdua
Akan terus bersama
Tapi apakan terdaya
Ku tak kau hargai
Apa guna pura-pura
Cubalah mengerti

Masa mengubah kita
Tak dapat ku lagi
Mengenali siapa dirimu
Kau mahukan segala
Sedangkan hatiku
Tak pasti ku masih menyintai dirimu
Kau pernah berkata cintamu hanyalah
kepada diriku...tidak
Kau permainkan cinta dan juga hatiku
Mengapa kau begitu...begitu

( ulang korus )

Berikan keikhlasan
Hatimu padaku
Oh...tak sanggupku terus
Hidup sebegini

Sememangnya pernah ku kata
Hanya kau yang ku cinta
Tanpa dirimu hidupku tidak akan bermakna
Kini ku cuba membetulkan kesilapan lalu
Cinta palsu darimu tidak lagi ku perlu
Ku curahkan kau segala kemewahan dunia
Inikah balasanmu sedangkan ku setia
Bertungkus lumus ku cuba membahagiakan dirimu
Namun tak pernah kau cuba memahami hatiku
Mungkin kita tidak lagi sesuai bersama
Mungkin juga kita tak sepatutnya bermula
Sampai di sini sahaja dapat kita bersama
Jalan kehidupan kita tidak lagi sehala

( ulang korus )

Lyric Edit By zuhaili.zainal|2012

See also:

11
11.16
Kelly Osbourne One Word (Chris Cox Mix) Lyrics
Yuri Tiempos mejores Lyrics