Joget Malaysia Lyrics

Datuk Panglima pergi membajak
Ke tanah rata senja pulangnya
Kalau Azura orang yang bijak
Negeri kita apa namanya

Ikanlah keli di dalam perahu
Oranglah buta tangkap buaya
Kalau Cik Muslee ingin nak tahu
Negara kita nama Malaysia

Ramalah rama di pohon duri
Mati ditimpa si buah nangka
Kalau Cik Zura orang bistari
Bulan berapa Malaysia merdeka

Anak benggali ke kebun nyonya
Petiklah gambus anak Melaka
Wahai Cik Muslee ini jawabnya
Tiga puluh satu Ogos Merdeka

Ke pasar lama membeli serai
Singgah bertanya Datuk Menteri
Kalau Cik adik orang yang pandai
Di mana letak Ibu Negeri

Anaklah bilal dari Mentakab
Pergi ke Johor buat kenduri
Cik Abang soal mudah dijawab
Kuala Lumpur ibu negeri

See also:

110
110.71
SCOOTER Say You will Lyrics
www.Nhac.vui.vn 03. Bai Tango Buon Lyrics