Altimet ft Mawar Berduri Sayang Sayang [jiwang.org] Lyrics

sayang-sayang aduhai sayang
adik bingung bertambah rungsing
hendak ku buang terasa sayang
udah menjadi darah dan daging

-altimate-

aku bertemu dia sewaktu usiaku enam
pabila suria hidupku mula terbenam
dan kemana ku pergi dia ada disisi
seperti guru dia mengajarku berdikari
berkembar tiga saudaranya irama
abangnya naga semua datang darinya
memperluaskan caraku memandang dunia
dari perkara jijik ke yang paling mulia
bersorak lantang atau bersopan santun
sesuai dengan emosinya semasa berpantun
ku pinta janjinya jangan kita berakhir
dia tersenyum bila menjawab sambil bersyair

sayang-sayang aduhai sayang
adik bingung bertambah rungsing
hendak ku buang terasa sayang
udah menjadi darah dan daging

-altimate-

terus ke waktu ku belia
persahabatan kita teguh terlihatlah aib dan mulia
temannya bernama mc ku diperkenalkan
yang berteman dengan mike yang ingin berkenalan
mereka berperang mengacu kata bukan senjata,bukan sengketa
hanya pendeta dan pendekar pena
bertukar kata susun rapi seakan batu bata
membina arca untuk telinga bukannya mata
ku punya pilihan untuk menjadi mereka
mata melihat masa depan,masa kini dan sejarah
dan sambil aku bersantai dipangkuannya baru ku sedar sifat dirinya yang sebenar

sayang-sayang aduhai sayang
adik bingung bertambah rungsing
hendak ku buang terasa sayang
udah menjadi darah dan daging

-altimate-

sebahagian keluarga dan kawan-kawan tak bersefahaman
tidak bersetuju bila cintaku berarah ke situ
kerana mereka tak mahu memerhati
yang istimewa pada dia yang menarik hati
jadilah orang sendiri jangan terperangkap begini
tapi biarlah aku mengambil haluan ini
hanya dia mike dan aku mc kami bertiga anggota yang akan kekal buat selamanya

-mawar berduri-

kalau tuan memancing pintu
daun dedap didalam perigi
kalau tuan ai kata begitu
alangkah sedap didalam hati

-altimate-

jadi kami terus bersama tanpa menghiraukan
pandangan mereka peduli apa yang dirisaukan
dan hanya kerana dia ku berjalan berani
namanya muzik sehingga kini kami serasi

-chorus sampai habis-

See also:

12
12.121
The Black Crowes Sometimes Salvation Lyrics
Miio Ska VI Gå Hem Till Dig Lyrics