Ezlynn Hi Hi Bye Bye Lyrics
mula terasa resah bagai ada yg berubah
mungkin ku lewa atau kau dah pun beralih arah
bila berdua tak seperti dahulukala
definasi gembira bermakna bila ku tiada
dulu senyumku manis, raut wajah ku jelita
kini semua pahit tak seperti Erra Fazira
namum hakikatnya sering ku mendengar alasan
letih dan bosan bertepukan sebelah tangan
kau mahu cara ku sempurna untuk mu
apa kau sangka ku ahli silapmata
ku berikan cinta, kau berikan dusta
kini kau kata "hi hi", ku katakan "bye bye"
biar ku berdikari untuk hidup sendiri
jangan kau hampiri menagihkan simpati
mula ku kau kenali, gunung sanggup didaki
setelah hati dicuri, telefon pun tak sudi
ingatkah siapa membawa senyuman tika duka
benar kata Dr M, "Melayu mudah lupa"
"berikan semula potret ketika bersama ku
pulangkan Hello Kitty hanya di harijadi mu"
mungkin nanti kau tahu rasa sakitnya hati
bila masa diusaha bagaikan tak dihargai
kau mahu cara ku sempurna untuk mu
apa kau sangka ku ahli silapmata
ku berikan cinta, kau berikan dusta
kini kau kata "hi hi", ku katakan "bye bye"
biar ku berdikari untuk hidup sendiri
jangan kau hampiri menagihkan simpati
sesekali terlintas di fikiran untuk terima saja keadaan
dah ku kecewa dan terluka
habiskan masa dan ringgit malaysia
pasti ego mu tak hairan merasakan kenangan
mungkin ada lain yang terus sudi
kupetik jari ramai yang menanti
kini kau kata "hi hi"
ku katakan "bye bye"
kau mahu cara ku sempurna untuk mu
apa kau sangka ku ahli silapmata
ku berikan cinta, kau berikan dusta
kini kau kata "hi hi" ku katakan "bye bye"
biar ku berdikari untuk hidup sendiri
jangan kau hampiri menagihkan simpati
tak guna kau rayu, takkan ku menyesal
dengarkan kata ku
"Selamat Tinggal"
See also:
JustSomeLyrics
15
15.56
Guus Meeuwis Niemand Lyrics
Wayne Newton Danke Schoen Lyrics