Spring Romantis Lyrics
Bagaimana harus kita meneruskan
Percintaan yang terluka masa lalu
Andainya kau sendirian
Dan kau masih lagi mencariku
Di sini aku menanti mu
Kenangilah saat indah kau dan aku
Waktu itu hidup kita romantisnya
Kita pun berlari-lari mengejar ombak
Di pantai kasih
Akhirnya aku kau tinggalkan
Sejarah cintaku yang lalu oh...
Hanyalah ujian bagiku
Sekiranya kau perlukan aku
Ku masih ada di sini
Seandainya aku tiada lagi
Simpanlah cintaku
Di dadamu oh... sayang
Cuba kau ingat kembali
Masa lalu kasih ku teguh buatmu
Walau ku terluka namun ku bersabar
Dan masih menyayangi
Andainya kau ada yang lain
Waktu ini apalah daya ku lagi
Terpaksalah aku membawa diriku
Dan hanya Tuhan saja yang mengerti
Kala ku mengelamun sendirian
Berderai airmata di pipiku
Kerana terlalu pilunya hati
Kau pergi dari ku tanpa pesan
Di sudut hati ku yang terluka ini
Terpahat nama mu... Kaulah kekasih
See also:
JustSomeLyrics
16
16.55
Los Cantores De Chipuco Doña Marina Lyrics
Los Adolescentes Tan Bella Lyrics