Mel Dunia Baru Lyrics

bilakah dunia baru akan menjelma
ia sudah lama dimimpikan oleh manusia
dunia yang diidam-idamkan oleh semua bangsa
semua bangsa idamkan keamanan menjelma

kini dunia sudah kehilangan kasih sayang
kasih sayang yang sudah lama gersang
yang ada hidup sendiri, sendiri yang wujud hasad dengki
yang ada prejudis, yang wujud perbalahan setiap hari

di mana sahaja hidup kepura-puraan
senyum di hadapan, di belakang dibenci
percaya mempercayai sudah hilang
perkelahian, pergaduhan, peperangan tidak kunjung padam

yang miskin terbiar dan terbuang
yang kaya bakhil, tamak dan sombong
tipu menipu jadi budaya
curi, rasuah, kidnap sering berlaku
zina, liwat, lesbian, rogol lumrah terjadi
krisis peperangan di mana-mana merata dunia

ke mana berada di dalam ketakutan
ke mana berada di dalam kebimbangan
hati sentiasa tidak senang dan tidak tenang
kebahagiaan sudah lama hilang dan gersang (2x)

See also:

21
21.64
Adam and Andrew I Must Be Emo Lyrics
Anorexia Nervosa The Sacrament Lyrics