KRU Lagu Untuk Mamat Lyrics

Sudah beratus lagu cinta,
dikarang untuk wanita,
dari Azura ke Fiona.
Aku tersinggung,
kerana tiada satu

Pun dituju untuk lelaki,
bagai kita dilupai.
Sedangkan dunia berputar,
terus sehingga hari ini kerana,
pengorbanan mereka.

Oh Halim, oh Karim,
Abdullah dan Hussin.
Nama-nama yang dilupa,
pada karyawan 'tuk dipuja.

Oh Ahmad, oh Hashim,
Muhammad dan Ibrahim.
Walau mereka terlupa,
bukan bererti kau tak istimewa.

Biar apa pun perhubungan,
Ayah, abang atau teman.
Marilah kita menghulurkan
satu penghargaan agar mereka tahu
dia diminda selalu.

Oh Nasir, oh Azam,
Azmi dan Mustafa.
Nama-nama yang dilupa,
pada karyawan 'tuk dipuja.

Oh Aziz, oh Hassan,
Faizal, Rusdi dan Roslan.
Walau mereka terlupa,
bukan bererti kau tak istimewa.

Terima kasih pada semua,
terima kasih tak terhingga,
Lagu ini dituju khas buat kamu,
Dan kamu
Kusanjung selalu.

Oh Azman, oh Johan,
Osman dan Sulaiman.
Nama-nama yang dilupa,
pada karyawan 'tuk dipuja.

Oh Kamal, oh Zahir
Zahid, Jamal dan Khalid
Walau mereka terlupa,
bukan bererti kau tak istimewa.

See also:

27
27.1
Mario Mendes Fue por ti Lyrics
Đorđe Balašević Devojka sa čardaš nogama Lyrics