M.Nasir Tujuh Nafas Lagi Lyrics
Inikah dia
Yang ku impikan
Dalam lambaian firdausi
Kali ini ku harapkan
Bukan fatamorgana lagi
Jiwa lama bersengketa
Sedang hakikatnya kita sama-sama redha
Hati hamba dah sedia
Perjalanan ini tinggal tujuh nafas lagi
Sepertimu
Aku juga pernah persoalkan kekuatan batinku
Dalam seribu kekalutan ku cinta
Dalam sejuta resah ku cinta jua
Dalam mimpi ngeri aku lihat cinta
Dalam rasa paling rendah ku angkat cinta
Rinduku bukan lah murahan
Jika mahu dianggapkan mainan
Kau tanya bilangan namamu ku sebut
Jawapnya hanya sekali lafaz tak terputus
Cinta ku yang ku maksudkan
Seperti buih-buih di bibir lautan
Seperti nafas yang meresapi badan
Seperti kenangan yang tak pernah luput selamanya
See also:
JustSomeLyrics
27
27.23
Joe Jackson Throw It away Lyrics
Ndok Hanya Waktu Lyrics