Ezlynn Pening Lyrics

Lewat malam baru kau pulang
Ke mana kau menghilang
Merayau entah ke mana

Kenapa awal tak kau bilang
Kalau tak kan ku luang masa untuk bersama

Nak katakan dah benci... tidak
Nak katakan ku sangsi... tidak
Hanya mencari ketulusan hati antara kita

Mungkin kau mudah marah... tidak
Atau hanya melatah... tidak
Memang benar bila dikatakan cinta itu buta

Peningku fahami dirimu
Peningku mengikutrentakmu
Namun bila jarang ketemu
Rindu pula bermain di mindaku

Mungkin cara kita berbeza
Yang sama hanya rasa cinta
Berlawanan tingkah dan selera
Lebih mudah ku ikutkan saja
Di situ peningku kan bermula

Hujung minggu puas ku cari
Gagal kau ku hubungi

Talian tak bernada
Mungkin kot tak sampai pesan
Ku bersiar dengan teman alkisah wanita

Nak kata ku cemburu... iya
Fikir yang tak menentu... iya
Mungkin kau belum ku kenali dengan sepenuh-penuhnya

Apa kau kecil hati... iya
Perhatian ku teralih... iya
Memang sukar kerana kunci hatimu belum terbaca

Orang kata kita bagai tanduk bersendi daging
Namun cinta masih bagai hempedu lekat di hati

See also:

32
32.65
el haragan sobrevivi Lyrics
Juan gabriel Abrazame Lyrics