ND Lala Diari YB Lyrics

bangun pagi-pagi
tamu dah menanti
bukan nak cari kopi
nak tanya pasal subsidi

hai belum sempat sarapan
dah ada pula panggilan
kaum kerabat orang kanan
nak minta surat sokongan

jam baru pukul 8
YB kena lawat kawasan
tapi ditengah jalan
pengundi tahan minta bantuan
disambut dengan kompang
ayam itik pun banyak yang tumbang
kemudian ditunjuk jalan berlubang
suruh YB segera lah timbang

heeeya....

pada waktu tengah hari
ada pula jemputan kenduri
kalau YB tak pergi
silap-silap nanti kurang undi

hai dalam sibuk2
orang sakit YB jenguk
hai teruk ke tak teruk
poket tetap YB kena seluk

ketika awal petang
ada satu sidang
YB tak boleh tak datang
takut nanti kerusi terbang

sebelum senja ke padang bola
YB dijemput sampaikan piala
sambil tu mereka bertanya
jersi baru kami hai macam mana

bila malam tiba
ceramah jadi agenda
kalau YB tak bersedia
kena tanya mungkin ternaya

bila habis berceramah
kampung lain YB singgah
bukan sekadar menjengah
tapi nak tinjau masalah

walau dah lenguh badan
YB balik ke cawangan
ditanyanya orang harapan
apakah strategi lawan

lewat malam digerai tepi jalan
YB berembun melayan kawan kawan
dengar pendapat jengah pandangan
sambil tu kena lah belanja makan

sewaktu YB balik
burung hantu pun berasa pelik
isteri sendiri dah tak larat celik
anak-anak pula dah lama tergolek

selepas YB mandi
YB belek itu dan ini
kemudian picit-picit dahi sendiri
cari jalan nak tolong pengundi

hingga dinihari
YB tak tidur lagi
esoknya pagi-pagi
dah ada tamu menanti

a__alamuallaikum YB

Lyric Edit By zuhaili.zainal|2012
zuhaili.zainal86@gmail.com

See also:

32
32.94
Basshunter Var ar jag Lyrics
Emil.Rulez! Türűrüpp Lyrics