Spring Keadaan Memaksa Lyrics
Di dalam hujan ku berjalan
Sambil menoleh kepadamu
Ku lihat kau masih di situ
Melambai tangan kepadaku
Itulah saat yang paling syahdu
Pertemuan engkau dan aku
Selepas itu aku pun pergi
Berlinangan air mata kasih
Semakin jauh ku berlalu
Ku menoleh lagi padamu
Sayu pilu rasa dikalbu
Namun apa nak ku katakan
Kerana hati tersangat luka
Tak berdaya aku menahan
Bukannya aku tak sayang lagi
Tapi keadaan memaksa
Ku masih lagi terpandang-pandang
Wajahmu berlinang airmata oh sayang
Dan ketika itu beratnya rasa
Hatiku hendak meninggalkanmu
Oh sayang... kekasihmu
Tak semua percintaan
Berakhir dengan bahagia
Inilah pengalamanku yang lalu
Denyut nafasku ini
Menyimpan kasih untukmu
Walaupun engkau tiada di sisi
See also:
JustSomeLyrics
34
34.15
Muchachito Bombo Infierno Mas que breve Lyrics
חווה אלברשטיין עד סוף הקיץ Lyrics