Shazzy Derita Lyrics

ku duduk termenung
hati semakin baran
mendengar leteran
buatku makin bengang
kini aku terasa
tuk lukakan dirimu
petah kau berkata
aku pembawa pilu
apa yang kau inginkan?
itu yang aku nak tahu
asyik melepas baran
kutuk p¡¯ribadi diriku
apa kesalahanku?
aku darah dagingmu
biarku merana
penderaan kau di minda
asyik menuduh, tak ingin dengar mengapa
sesiapa menjawab kau bidas ratusan kata

(korus)
ku tak tertahan
segala wasangkamu
pedulikan itu saja yang ku tahu
segala tuduhanmu kan ku abaikan
sudahlah kau punca derita hidupku

wahai sesiapa
dengarlah dendanganku ini
tak sanggupku sembunyikan
perasaan sedihku ini
ku bangun pagi, ada saja kau kata salah
aku berpaling, tiap kali bertentang mata
dipanggil bonda, kononnya, pangkatnya
tahu kesemua, yang benar, di dunia
tapi sedihnya, si anak, merana
tubuh didera, terpaksa mengalah
jangan berdiam
sebutkanlah apa dosaku?
si anak kecil tiada tempat untuk mengadu
di sebelah sana, ayah hanya buat tak tahu
lebih sedihnya, tiada sesiapa yang tahu
aku menangis, tak sesiapa yang terdengar
aku menjerit, dua kali aku ditampar
ku lawan balik, tubuhku dicucuh dibakar
emak memekik, ku pekak, buat tak dengar

(korus)

ku termenung lagi
mengapa nasib begini
kawan-kawanku, sememangnya tak memahami
hidup mereka, sempurna, dan disayangi
berbanding aku, lukaku ¡®kan ku sembunyi
setiap malam, ku doa, pada ilahi
meminta maaf harap, derita berhenti
oh sampai bilakah harus ku tahan hidup ini
pisau digenggam, hayatku, akhir di sini¡­

See also:

38
38.81
08.CONFLICTOS INTERNOS Lyrics
Los Sabandeños Cómo Fué? Lyrics