best2 Lyrics

Kalau Dahi tak Mencecah Sejadah Didunia...... a__alam Mu'alaikum
Wbrth!....PEREMPUAN >>> TUTUPLAH AURAT TU!!!

Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!

Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan....
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!

Ingatlah di mana saja kamu berada....
Kamu tetap memijak b__i Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air yang tidak bererti!

Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat!

Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!

Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan....
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!

Pada hari itu tiada berguna....
Harta, tahta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!

" Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikkan"

TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI!!!!!
a__alam Mu'alaikum Wbrth!!! BACALAH DENGAN TELITI!!!
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan
hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini
c__a samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan
berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki
akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya
seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika
diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut
seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik
di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini
akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran
tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut
dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini
akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah
peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk
mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa
atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat
kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis
nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash
Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula
membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan
mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut
ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini
terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan
bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya c__a seorang tetapi kuasanya
untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang
akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji
dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan
secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi
kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat
dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita
tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan
orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan
bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan
ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan
beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke
depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan
satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di
mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu
Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan
sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan
seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan
berdiam diri menantikan kedatangan Malaikat Maut untuk
menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan
kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak!!!
forward this buletin...may ALLAH SWT bless you.
Saling berpesan2lah sesama kita.........

TAKWA DAN BERAKHLAK MULIA

Para sahabat bertanya,"Apakah perlakuan yang paling banyak
memasukkan sseorang ke dalam SYURGA?" Jawab Baginda"Taqwa &
berakhlak mulia."

Kemudian mereka bertanya tentang perlakuan yang banyak
memasukkan seseorang ke dalam NERAKA. Baginda
menjawab"Kejahatan mulut & kemaluan." --Al-hadith--

Hadith riwayat At-tirmidzi "Tidak ada yg paling berat pada
timbangan melainkan akhlak yang baik. Akhlak yang baik dapat
menghapuskan kesalahan seperti matahari mencairkan air yang
beku." Sebaik-baik kekayaan adalah kekayaan jiwa, Sebaik-baik
bekal adalah taqwa, Seburuk-buruk buta adalah buta hati, Paling
besar dosa adalah dusta, Paling buruk mata pncarian adalah
riba, Paling buruk makanan adalah memakan harta anak yatim..

DARJAT PEMBACA Al-QURAN :
1)Jutawan - membaca 300-1000 ayat sehari
2)Jayawan - membaca 200-299 ayat sehari
3)Setiawan - membaca 100-199 ayat sehari
4)Pemelihara - membaca 50-99 ayat sehari
5)Yang Ingat - membaca 10-49 ayat sehari
6)Yang lalai - membaca 0-9 ayat sehari
--Petikan dari buku HIDUP BERTAQWA oleh Dato' Ismail Kamus-

Hadith riwayat Ahmad "Perbaharukan iman kamu...!!! Sahabat
bertanya: Bagaimana kami hendak perbaharui iman kami..??
Baginda menjawab:Banyakkan menyebut LAAILAAHAILLALLAH..!!"

Most beautiful word - Allah
Most beautiful song - Azan & Zikir
Most powerful weapon - Doa
World perfect encyclopedia - Al-Quran
Best excercise - Solat/Prayer
Best diet - Fasting

UBAT HATI :-
1)Membaca Al-Quran bersama tafsirnya
2)Solat malam @ Qiamullail
3)Berkumpul @ Bergaul dgn orang2 yang soleh
4)Banyakkan berpuasa
5)Zikir malam berpanjangan
--Petikan dari Syair Jawa--

"Islam mengagungkan ilmu;mencarinya sebagai ibadah, belajarnya
sebagai tasbih, menelitinya sebagai ijtihad, & mengajarnya
kepada org lain sebagai suatu sedekah." Sayyid Sabiq(Ulama
kontemporari Mesir) Who I Want to Meet:

Surah Al-Baqarah ayat 208 "Hai orang2 yang beriman,masuklah
kamu ke dalam ISLAM secara keseluruhannya & janganlah kamu
turuti langkah2 Syaitan. Sesungguhnya Syaitan itu musuh yang
nyata bagimu."

Surah Muhammad Ayat 7 "Hai orang2 yang beriman, jika kamu
menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu &
meneguhkan kedudukanmu."

Surah Ad-Dzaariyaat ayat 56 "Dan tidak Ku jadikan jin & manusia
melainkan supaya mereka menyembah dan beribadat kepada Ku."

Surah Ar-Ra'du ayat 28 "Orang2 yang beriman & hati mereka
tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya mengingati
Allah, hati akan menjadi tenang."

Surah Al-Hujuraat ayat 10 "Sesungguhnya orang2 mukmin itu
adalah bersaudara maka damaikanlah antara kedua-dua saudaramu &
bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmatnya."

Surah Al-Israa' ayat 44 "Langit yang 7, b__i & segala yang ada
di dalamnya bertasbih kepada Allah. & tidak ada satu pun
melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian
tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia Maha Penyantun
lagi Maha Pengampun."

LIMA MACAM DOSA yang tidak ada tebusannya iaitu SYIRIK terhadap
Allah s.w.t., MEMBUNUH orang tanpa hak, membuat TUDUHAN PALSU
terhadap seorang Muslim, LARI DARI BARISAN Muslimin dalam
PEPERANGAN dan SUMPAH PALSU untuk MENGAMBIL HAK ORANG LAIN"
(Riwayat Ahmad)

DOSA - DOSA BESAR YANG KITA LAKUKAN
Dosa yang paling besar ialah SYIRIK, DERHAKA kepada ibu bapa
dan MEMBUNUH orang tanpa hak" (Riwayat Anas r.a.)

SEMBAHYANG LIMA WAKTU
Ada riwayat : Nabi SAW bersabda bahawa SEMBAHYANG itu adalah
perkara pertama yang akan dihisab semasa di Akhirat kelak!!!
Jika BAIK maka baiklah segala amalan!!! Jika BURUK maka
buruklah segala amalan!!!
JAGALAH SEMBAHYANG ITU IBARAT
NYAWA KAMU SENDIRI!!!

Semoga ini menjadi PERINGATAN dan KEINSAFAN bagi kita
semua.....Wallahu'alam Bissawab Wassalam!!!

PETUA IMAM SYAFIE
4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
b__i.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Dari Asma' Binti Abu Bakar ra, katanya dia datang kepada Rasulullah
saw lantas baginda bersabda, "Janganlah engkau menahan-nahan
(harta),maka Allah akan menahannya pula darimu. Kerana itu
keluarkanlah harta itu menurut kesanggupanmu."
Sahih Bukhari II, Kitab Zakat.
* Kalau rajin.. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara
Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua.
Ilmu
yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang

mengajarnya meskipun dia sudah mati.

See also:

48
48.119
foundations kate nash Lyrics
No Tan Distintos todo aca Lyrics