Gersang Suratan Takdir Lyrics

Kesukaran melafazkan
Pengucapan perpisahan
Kepada yang setia

Tapi terpaksa ku lakukan
Keranaku tidak mahu
Terus berpura-pura

Usahlah ku disalahkan
Terjadinya perpisahan ini
Itu suratan takdir

Tak terlintas di hati ini
Untuk aku jatuh cinta lagi
Tapi takdir yang menentukan

Memang pernah ku berjanji
Kau yang pertama dan terakhir
Tetapi aku memungkiri

Tidak dapat ku terima
Dua cinta di dalam hati
Maafkanlah ku sayang

See also:

5
5.114
Souls of Mischief Fa Sho Fo Real Lyrics
Pain Of Salvation Book II Genesister - Chainsling Lyrics